Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia
tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan
maaf.
3. Wanita sukar
nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah
jalan).
4. Sekiranya
sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang
sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima
pujian.
7. Jika kamu
tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak
akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya
sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan
dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,
cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka
meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan
sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap
terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama
kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah
tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit
kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita
tersebut.
13. Sekuntum
senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum
sebarangan!.
14. Jika kamu
menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan
dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang
wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia
sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika
dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan
usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan
sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas
sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap
kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa
yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya
sendiri.
21. Bekas teman
lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan
‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman
baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita
paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.
25. Cinta
bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang
kompromi.
26. Semua wanita
mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata
wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka
jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga
atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa
dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.
29. Wanita mudah
jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.
So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya
mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai
dan disayangi sepenuh jiwa.
p/s: sekadar
perkongsian...xde kena megena yg masih hidup...kalu terkena, kebetulan
ajer...
No comments:
Post a Comment
terima kasih :)