Tuesday, May 8, 2012

Kucing dimata Nabi Muhammad SAW


Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW ada memiliki kucing peliharaan yang bernama Muezza.

Apabila Nabi Muhammad SAW menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Muezza dan di taruh di atas pahanya. salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah Muezza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara azan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Tahukah anda, pernah suatu kali nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Mueezza sedang tidur di atasnya. bagi tidak ingin membangunkan Muezza, nabi sanggup memotong belahan lengan jubahnya yang ditiduri oleh Muezza supaya tidak terbangun dari tidur. mampukah anda melakukan perkara yang sama?!

Ketika nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. bahkan diperolehkan untuk berwudhu mengunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahawa nabi s.a.w pernah bersabda, "kucing itu tidak najis. ia binatang yan suka berkeliling di rumah (binatang rumahan)," [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud dan Ibnu Majjah]

Diriwayatkan dari Ali bin Al Hasan dan Anas yang menceritakan bahawa nabi s.a.w pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. lalu beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana." lalu Anas menuangkan air. ketika sudah selesai, nabi menuju bejana. namun, terdapat seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minuman). melihatkan situasi itu, nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis"

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. lalu ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah selesai solat, ia lupa pada buburnya. datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling" Aisyah pernah melihat Rasulullah s.a.w berwudhu dari sisa jilatan kucing [HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruquthni]


Hadis ini diriwayatkan daripada Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain.

sumber

2 comments:

  1. Sekarang pun dah ada orang wat penyelidikan pasal kucing kan? dan ternyata kata-kata Nabi tu betul.Kucing bebas dari najis...

    ReplyDelete

terima kasih :)